Stade Vélodrome
Stade Vélodrome

Stade Vélodrome

Stade Vélodrome (Sebutan bahasa Perancis: [stad velɔdʁɔm]) ialah sebuah stadium pelbagai guna di Marseille, Perancis. Ia adalah stadium tuan rumah Olympique de Marseille sejak ia dibuka pada tahun 1937. Ia merupakan venue Piala Dunia FIFA 1998 dan Piala Dunia Ragbi 2007. Ia sekali sekala menjadi stadium tuan rumah pasukan ragbi, RC Toulon. Ia mempunyai kapasiti 67,344. Stadium ini juga digunakan oleh pasukan ragbi Perancis.Rekod kehadiran untuk perlawanan kelab sebelum diubahsuai adalah 58,897 (untuk perlawanan separuh akhir Piala UEFA menentang Newcastle United pada tahun 2004). Sejak dibesarkan kepada 67,300, rekod kehadiran di stadium ini adalah 65 148 untuk perlawanan menentang PSG pada April 5, 2015. Stadium ini juga merupakan venue Piala Dunia FIFA 1938. Perlawanan pertama di stadium ini adalah diantara Marseille dan Torino pada tahun 1937.